Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Agensi
November 1, 2024 20:00 MYT
November 1, 2024 20:00 MYT
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
Ketua Pasukan Bomba Bekasi, Suhartono memberitahu Reuters, kesemua mayat telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Malah, Suhartono tidak menolak kemungkinan jumlah kematian dijangka meningkat.
"Pihak berkuasa juga sedang menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku," katanya.
Rakaman daripada Metro TV menunjukkan api marak dan asap tebal menyelubungi ruang udara dari arah bangunan kompleks industri.
Kira-kira 20 kenderaan bomba dilihat berada di lokasi dalam usaha memadam kebakaran tersebut.
Turut dilaporkan beberapa jalan ke kilang itu ditutup.