Lapan maut, puluhan cedera dalam tragedi bas di selatan Texas
Agensi
Mei 15, 2016 17:46 MYT
Mei 15, 2016 17:46 MYT
Sekurang-kurangnya lapan maut selepas bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan berhampiran sempadan Mexico di selatan Texas.
Nahas turut menyaksikan 43 penumpang lain mengalami kecederaan.
Menurut pihak berkuasa, tujuh mangsa maut di tempat kejadian sementara seorang lagi meninggal dunia di hospital.
Bomba memberitahu bas itu dikenal pasti milik OGA Charters dari Rio Grande Valley.
Ia sedang dalam perjalanan ke sebuah kasino di Eagle Pass kira-kira 125 batu barat laut bandar Laredo.
Gabenor Texas Greg Abott dalam satu kenyataan Sabtu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Punca kejadian masih disiasat.