Lapan maut letupan bom di tiga gereja Surabaya
Reuters
Mei 13, 2018 12:21 MYT
Mei 13, 2018 12:21 MYT
Sekurang-kurangnya lapan terkorban dalam insiden pengeboman bunuh diri di tiga gereja di Surabaya, Indonesia, menurut polis pada Ahad.
Menurut polis, hampir 40 orang turut cedera dalam insiden itu.
"Kami sedang mengenalpasti mangsa," kata jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera.
Susulan kejadian, polis mengepung kawasan tersebut dan kini sedang menyiasat satu lagi letupan di gereja keempat.
Surabaya merupakan bandar kedua terbesar di Indonesia.
Laporan awal badan Perisikan Indonesia memaklumkan serangan dipercayai dilakukan militan daish.