Lapan mangsa terperangkap di udara pada malam ambang tahun baharu
Astro Awani
Januari 2, 2019 08:12 MYT
Januari 2, 2019 08:12 MYT
Lapan termasuk lima remaja terperangkap di udara selepas alat permainan di sebuah taman tema tidak berfungsi pada malam sambutan tahun baharu 2019.
Kejadian yang berlaku di bandar Rennes barat Perancis itu menyaksikan kesemua mangsa terperangkap pada ketinggian 52 meter.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam menjelang tahun baharu.
Susulan kejadian, pihak bomba dan penyelamat terpaksa menggunakan khidmat helikopter bagi tujuan menyelamatkan kesemua mangsa.
Kesemua mereka berjaya diturunkan pada awal pagi Selasa.