Lapan lagi terbunuh di selatan Gaza

Astro Awani
Julai 30, 2014 02:23 MYT
Angka kematian rakyat Palestian telah melebihi 1,240 orang.
Lapan lagi orang terbunuh di selatan Gaza, awal Rabu, menurut pasukan perubatan, pada hari ke-23 pertempuran di antara Israel dan Hamas, lapor AFP.
Menurut jurucakap pasukan perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra, kesemua mangsa itu berasal dari satu keluarga.
Kematian mereka membawa angka kematian rakyat Palestian melebihi 1,240 orang, kata Qudra.
Setakat ini, lima puluh enam rakyat Israel telah terbunuh, di mana 56 merupakan askar Israel manakala tiga lagi merupakan orang awam.
Israel turut menyerang tiga masjid di bandaraya Gaza City, menurut pasukan keselamatan.
#Ashraf al-Qudra #Gaza #kematian