Lapan ditembak mati di Kanada, penembak membunuh diri sendiri - Polis
AFP
Disember 31, 2014 08:41 MYT
Disember 31, 2014 08:41 MYT
Seorang lelaki telah menembak mati lapan orang di Kanada, termasuk dua kanak-kanak, sebelum membunuh dirinya sendiri, menurut polis.
Insiden itu berlaku di tiga tempat berlainan di Edmonton, Alberta.
Tujuh daripada mangsa – tiga wanita, dua lelaki and dua kanak-kanak – ditemui di dalam rumah yang sama, kata ketua polis Edmonton, Rod Knecht. Mangsa kelapan merupakan seorang wanita.
“Ini merupakan hari yang tragik bagi Edmonton,” Knecht berkata.
Insiden ini bermula lewat Isnin dimana seorang lelaki didapati telah melepaskan tembakan terhadap seorang wanita sebelum melarikan diri daripada tempat itu, Knecht menjelaskan.
Pembunuh itu yang dikatakan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri, kemudiannya telah ke utara Bandar itu, dimana dia membunuh tujuh orang.
Apabila polis gagal menangkap lelaki itu, mereka kemudiannya berpatah balik ke rumah itu dimana mereka menemui mayat tujuh mangsa.
Berdasarkan testimoni dan bukti, detektif berjaya mengenalpasti suspek yang kemudiannya ditemui pada awal Selasa di Fort Saskatchewan, setelah membunuh dirinya sendiri.