Lapan dikhuatiri terkorban bangunan runtuh

Astro Awani
April 9, 2023 07:50 MYT
Sehingga kini pihak berkuasa sedang memadamkan kebakaran dan menggunakan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang hilang. - Foto AP
PARIS: Sekurang-kurangnya lapan individu dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan bangunan di bandar Marseille, Perancis, pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa, punca bangunan itu runtuh dipercayai akibat satu letupan yang berlaku di struktur berkenaan.
Sehingga kini pihak berkuasa sedang memadamkan kebakaran dan menggunakan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang hilang.
Difahamkan terdapat lima mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin yang melawat tapak itu berkata, penduduk yang mendiami 30 bangunan di sekitar kawasan itu telah dipindahkan.
Pada tahun 2018, kira-kira 1 kilometer dari tragedi itu, tiga bangunan yang dianggap tidak sesuai untuk kediaman runtuh dan mengorbankan lapan orang.
#bangunan runtuh #letupan #Anjing pengesan #maut
;