Lapan cedera pada hari kedua karnival London

Astro Awani
Ogos 28, 2024 08:00 MYT
Anggota polis mengawal ketat di kawasan Ladbroke Grove ketika Karnival Notting Hill berlangsung. - Foto AP
LONDON: Lapan orang disahkan cedera pada hari kedua Karnival Notting Hill, dengan lima daripadanya ditikam.
Menurut polis London dalam satu kenyataan pada Selasa, dua daripada mereka yang ditikam berada dalam keadaan kritikal.
Seramai 35 pegawai polis cedera dan 230 tangkapan dibuat pada isnin.
Tiga serangan pisau dicatatkan pada Ahad, hari pertama karnival, dengan seorang mangsa dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal.
Karnival tahunan ini telah diadakan di daerah Notting Hill, London pada Isnin terakhir bulan Ogos dan Ahad sebelumnya sejak 1966.
Tujuan asal karnival ini adalah untuk menyatukan komuniti yang pelbagai dan menggalakkan keamanan antara kaum yang berbeza.
Bagaimanapun, ia kini dikenali kerana jenayah, penyalahgunaan dadah dan isu alam sekitar.
#Karnival Notting Hill #tikam #kritikal #serangan
;