Lapan cedera insiden tembakan masjid Perancis

Agensi
Julai 2, 2017 07:48 MYT
Lapan orang dilaporkan cedera dalam satu insiden tembakan di hadapan sebuah masjid di bandar Avignon di selatan Perancis, lapor akhbar La Provence hari ini. - Foto Reuters
Lapan orang cedera dalam satu insiden tembakan di hadapan sebuah masjid di bandar Avignon di selatan Perancis, lapor akhbar La Provence hari ini.
Agensi berita Reuters masih beluim dapat mengenal pasti laporan tersebut, yang menyebut polis tempatan tidak mengisytiharkan kejadian itu berkaitan dengan serangan pengganas malahan ianya berpunca dengan pergaduhan membabitkan sekumpulan belia.
Akhbar itu turut memetik saksi berkata salah seorang dari dua suspek yang memakai topeng muka telah melepaskan beberapa tembakan sekitar jam 10.30 malam menyebabkan jemaah masjid melarikan diri dari lokasi kejadian.
Empat orang awam yang berada di luar kawasan masjid dilaporkan mengalami kecederaan dan empat sekeluarga berada kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian turut tercedera, lapor La Provence.
Kejadian itu dipercayai terjadi selepas seorang lelaki diberkas pada Khamis dalam cubaan untuk merempuh orang ramai menggunakan kereta di sebuah masjid di bandar Creteil. Namun, tiada kecederaan dilaporkan.
#cedera #la provence #pengganas #serangan #suspek #tembakan
;