Lapan bayi maut, unit bersalin terbakar
Agensi
September 24, 2019 21:04 MYT
September 24, 2019 21:04 MYT
Sekurang-kurangnya lapan bayi maut dalam kebakaran di unit bersalin di sebuah hospital di timur Algeria pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa, tiga daripada mereka maut akibat terbakar manakala lima yang lain maut akibat sesak nafas.
Memetik laporan antarabangsa, rakaman video mendedahkan pasukan perubatan hospital bertungkus lumus cuba menyelamatkan mangsa ketika kebakaran merebak ke unit tersebut.
Jelas pihak berkuasa lagi, mereka berjaya menyelamatkan 11 bayi, 37 ibu dan 28 pasukan perubatan mereka dalam kejadian kebakaran yang bermula pada jam 4 pagi.
Pada masa sama, Menteri Kesihatan negara itu memaklumkan, siasatan terperinci akan dijalankan dan membuktikan sama ada ia tercetus dari peranti nyamuk.