"Lantai dipenuhi darah" - Doktor di hospital Gaza

Agensi
Oktober 12, 2023 04:30 MYT
Rakyat Palestin bekerjasama menyelamatkan mangsa perang di Gaza selepas negara itu diserang oleh Israel - Gambar REUTERS
GAZA: Seorang doktor di Hospital Al-Shifa, di sini, berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital.
Bercakap kepada BBC News, Dr. Mohamad Matar berkata: "Masalah terburuk yang kita hadapi sekarang adalah kekurangan bekalan - bekalan kita semakin habis dalam semua keperluan."
Dr. Matar menjelaskan, sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai doktor di Gaza, beliau "menyaksikan berlaku banyak peningkatan (berhubung) perang antara Israel dan Palestin" tetapi mengatakan (perang) kali ini "sangat... sangat berbeza".
"Rakan-rakan saya di bilik operasi terpaksa memilih di antara pesakit - siapa yang lebih mungkin untuk bertahan hidup?"
"Hampir semua orang yang cedera terbaring di lantai, lantai penuh dengan darah."
Beliau menambah: "Kebanyakan mangsa yang saya terima adalah orang awam. Banyak kanak-kanak, wanita. Tiada sesiapa yang memahami apa yang sedang berlaku di sini." - Agensi
#Perang Palestin-Israel #lantai dipenuhi darah #doktor di Gaza #Israel serang Palestin
;