Langkah ketat tangani COVID-19, China minta rakyat bersabar

Astro Awani
Oktober 11, 2022 10:00 MYT
Kes COVID-19 tempatan melonjak ke tahap tertinggi sejak Ogos, beberapa hari sebelum kongres penting Parti Komunis. - Foto AP
BEIJING: China minta semua pihak bersabar dengan dengan dasar COVID-19 yang dilaksanakannya dan memberi amaran terhadap sebarang bantahan.
Kenyataan ini dibuat ketika kes COVID-19 tempatan melonjak ke tahap tertinggi sejak Ogos, beberapa hari sebelum kongres penting Parti Komunis.
Ketika banyak negara belajar untuk hidup bersama dengan COVID-19, China pula sebaliknya.
Ia terus melaksanakan dasar menangai wabak yang ekstrem.
Antaranya, mengunci komuniti tempatan hingga menutup seluruh bandar, walaupun kematian kekal rendah mengikut piawaian dan gejala global.
Tekanan ke atas pegawai tempatan untuk menghentikan wabak sebaik sahaja ia muncul telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila subvarian Omicron yang sangat mudah ditularkan BF.7 dan BA.5.1.7 muncul di tanah besar China buat kali pertama.
Di seluruh China, 1,939 kes penularan tempatan dilaporkan pada 9 Oktober, tertinggi sejak 20 Ogos apabila pulau peranginan selatan Hainan dikurung akibat COVID-19.
Beribu-ribu kes baharu yang disebabkan oleh BF.7 telah dilaporkan di Inner Mongolia sejak 1 Oktober menjadikan wilayah itu sebagai pusat wabak COVID-19 terbaharu di negara itu dan mengaktifkan sekatan setempat.
Wilayah barat Xinjiang turut menghalang orang ramai daripada meninggalkan sempadannya, kerana kes tempatan mula meningkat lebih tinggi.
Pelancong yang terkandas di Xinjiang boleh mencari kerja sementara sebagai juruelektrik, tukang masak dan tukang kayu.
Sekatan COVID-19 yang lebih ketat berlaku hanya beberapa hari sebelum Kongres Parti Komunis sekali setiap lima tahun bermula pada 16 Oktober, di mana Xi Jinping dijangka secara meluas akan melanjutkan kepimpinannya selama sedekad untuk lima tahun lagi atau seterusnya.
#COVID-19 #China #sekatan #Omicron
;