Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu

Astro Awani
Februari 26, 2021 05:17 MYT
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura. - Foto AP/Annabelle Liang
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.
Dalam satu insiden pada September lalu, Nigel Skea keluar dari bilik hotelnya dan memasuki bilik lain bersama tunangnya selama 9 jam.
Skea merupakan warga Britain pertama yang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan ingkar perintah kuarantin di negara itu.
Sebelum ini, beberapa warga Britain yang didapati bersalah, berdepan hukuman pembatalan permit kerja atau perlu membayar saman.
Skea dilaporkan keluar dari bilik hotelnya sebanyak tiga kali tanpa memakai pelitup muka pada September lalu.
Dia mengaku bersalah atas dua kesalahan melanggar peraturan kuarantin, manakala Agatha Maghesh Eyamalai yang kini merupakan isterinya, turut mengaku bersalah kerana membantu Skea.
Isterinya, yang juga warganegara Singapura, dihukum penjara selama seminggu.
Pengembara di Singapura perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sama ada di rumah atau di hotel sejurus tiba dI republik itu.
#lelaki #warga #Britain #langgar #kluarantin #Singapura #Global
;