AS lancar serangan di Syria sasar militan
Agensi
Februari 26, 2021 12:24 MYT
Februari 26, 2021 12:24 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat, Joe Biden mengarahkan tindakan ketenteraan pertama di bawah pentadbirannya.
Sasaran kali ini adalah terhadap fasiliti kemudahan yang didakwa Pentagon sebagai milik militan yang disokong Iran.
Serangan udara tentera ini dianggap berpotensi menurunkan risiko ketegangan.
Menurut jurucakap Pentagon John Kirby, serangan dilancarkan bagi melindungi anggota tentera Amerika dan tentera pakatan.
Kirby menambah, serangan itu memusnahkan kemudahan di pusat kawalan sempadan yang digunakan sejumlah kumpulan militan yang disokong Iran, termasuk Kata'ib Hizbullah (KH) dan Kata'ib Sayyid Al-Shuhada (KSS).
Sementara itu, pegawai kanan pertahanan menjelaskan, serangan ini menghantar mesej jelas berhubung polisi Biden terhadap militan.
Ini susulan serangan roket ke atas kepentingan Amerika di Iraq 15 Februari lalu.
Ia berlaku ketika Washington dan Tehran mencari jalan untuk mengembalikan Perjanjian Nuklear 2015.
#serangan
#Iran
#Syria
#Iraq
#Washington
#Amerika Syarikat
#militan
#tentera
#Joe Biden
#John Kirby
#Pentagon
#Perjanjian Nuklear 2015
#roket