Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Agensi
Mac 10, 2025 23:47 MYT
Mac 10, 2025 23:47 MYT
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin. - Foto REUTERS
PLATFORM media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk Malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Menurut laman web itu, 60 peratus mencatatkan isu dengan aplikasi, 35 peratus dengan laman web dan baki 5 peratus dengan sambungan pelayan.
Gangguan memuncak sejurus sebelum jam 6 petang sebelum menurun secara beransur-ansur selepas jam 7 malam. Tetapi kira-kira jam 9.40 malam, jumlah laporan gangguan kembali meningkat.
Terdapat lebih daripada 21,000 laporan gangguan dari Amerika Syarikat, dan lebih 10,800 dari Britain.