Laman web PM Singapura kena godam

AFP
November 8, 2013 02:13 MYT
Laman web rasmi Perdana Menteri Lee Hsien Loong digodam pada Khamis dipercayai oleh anggota kumpulan aktivis yang menamakan diri mereka Anonymous selepas beliau berikrar kan memburu sesiapa saja yang menyerang rangkaian teknologi Singapura.
"It's great to be Singaporean today," kata tajuk yang ditulis oleh penggodam itu pada satu bahagian di laman web www.pmo.gov.sg di sebelah topeng Guy Fawkes yang menjadi lambang kumpulan itu sekaligus simbol penentangan di serata dunia.
Di sebelahnya ada satu lagi imej sama dengan kenyataan: "PM Lee warns hackers: We will track you down - even if you think you're 'anonymous'".
(PM Lee memberi amaran kepada penggodam: Kami akan buru kamu biarpn kamu fikir kamu tidak dikenali.)
Bahagian laman web yang digodam itu diturunkan segera tidak lama selepas insiden penggodaman it disebarkan di Facebook. Bahagian lain laman web itu boleh diakses seperti biasa.
Dalam satu kenyataan awa Jmaat, Lembaga Pembangunan Penerangan dan Komunikasi berkata ia sedang menyiasat serangan itu.
"Laman web utama PMO masih beroperasi dan kami sedang berusaha memulihkan halaman terlibat," kata kenyataan itu. -- AFP
#godam #Lee Hsien Loong #Perdana Menteri