Laman web palsu sebar berita kematian Lee Kuan Yew - PMO Singapura

Astro Awani
Mac 18, 2015 14:43 MYT
PMO SINGAPURA: Laman web palsu sebar berita kematian Kuan Yew.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura membuat laporan polis mengenai sebuah laman web palsu yang menggunakan logo PMO dan mengumumkan kematian bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew.
Paparan skrin daripada laman web palsu tersebut mula tersebar pada malam Rabu.
Menurut laporan akhbar di Singapura yang membuat pengesahan dengan PMO turut memaklumkan tiada maklumat baharu dikeluarkan sejak kemas kini pada petang Rabu.
Antara catatan terbaharu PMO adalah makluman berhubung situasi semasa Kuan Yew yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Singapura (SGH) sejak 5 Februari lalu akibat radang paru-paru yang teruk.
Pada Selasa, kenyataan PMO memaklumkan keadaan Kuan Yew semakin merosot akibat jangkitan dan dia kini diberi rawatan antibiotik.
Menurut kenyataan itu, doktor kini sedang memantau rapi keadaan Kuan Yew.
#ICU #Laman web palsu #lee kwan yew #pmo singapura #sgh