'Lama tunggu makanan', lelaki Itali tembak tukang masak

Bernama
April 11, 2022 19:56 MYT
Mangsa berusia 23 tahun kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.- Gambar hiasan
ROM: Seorang suspek lelaki ditahan polis selepas didakwa menembak seorang tukang masak di sebuah restoran di tengah bandar Adriatik Pescara, di Abruzzo, lapor Agensi Berita Itali (ANSA) memetik sumber.
Pemilik restoran itu berkata, kejadian berpunca daripada pertengkaran ketika menunggu makanan.
Mangsa berusia 23 tahun kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu, suspek yang berusia 29 tahun ditahan di sebuah stesen di lebuh raya ketika cuba melarikan diri dengan teksi.
Polis turut merampas sepucuk pistol separa automatik, kata sumber.
-- BERNAMA
#tunggu makanan #tembak tukang masak #Itali #pertengkaran
;