Laluan komersial Israel-Gaza dibuka untuk bantuan kemanusiaan
Agensi
Mei 25, 2021 19:56 MYT
Mei 25, 2021 19:56 MYT
GAZA : Israel membuka semula laluan komersial utama yang menghubungkannya merentasi Genting Gaza.
Menurut laporan agensi Associated Press, ia dibuka semula setelah laluan berkenaan ditutup hampir dua minggu susulan serangan Israel ke atas Gaza.
Tambah agensi itu, kumpulan trak dapat dilihat melalui pintu masuk di Kerem Shalom bagi membawa bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan.
Namun ketika ini pihak rejim masih mengekalkan larangan membawa masuk barangan lain ke Gaza.
Terdahulu, serangan Israel telah mengorbankan lebih 250 individu yang kebanyakannya terdiri dari kalangan rakyat Palestin.
Serangan oleh rejim itu juga telah mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan khasnya di wilayah pesisir Gaza.
#sempadan Israel
#sempadan Gaza
#Kawalan sempadan
#Kerem Shalom
#bantuan kemanusiaan
#serangan
#Gaza