Laluan kereta api Pakistan-Iran dibuka semula September nanti
Agensi
Januari 21, 2018 17:58 MYT
Januari 21, 2018 17:58 MYT
Pakistan dan Iran pada Khamis membuat keputusan bersama telah sepakat untuk kembali membuka laluan perjalanan kereta api antara kedua-dua negara.
Pengangkutan penumpang yang dijadualkan beroperasi dua minggu sekali itu akan dimulakan semula pada awal September 2018.
Kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan antara wakil antara pihak pengurusan kereta api kedua-dua negara susulan situasi terkini yang aman.
Portal berita The Nation melaporkan, kereta api tersebut akan menghubungkan antara Quetta, Pakistan dengan kota Mashad atau Qom di Iran.
Operasi 15 kereta api muatan untuk tujuan perdagangan antara Quetta dan Zahedan di Iran juga dipertimbangkan semula.
Perjalanan kereta api berkenaan merangkumi jarak sehingga lebih 700 kilometer dengan tempoh perjalanan selama lebih 30 jam.
Dalam pertemuan antara kedua-dua pihak itu, turut dibincangkan tentang operasi kereta api muatan ECO di laluan Islamabad-Tehran-Istanbul (ITI), selain isu penilaian semula perjanjian tahun 1959 antara Pakistan dan Iran, serta hal ehwal pengimportan barangan mekanikal dan pembinaan.