Pak Azam dengan tenang membelek helaian demi helaian buku lakaran di tangannya.
Dakwat hitam yang dicantum, menjadi garis-garis, seterusnya membentuk satu bayangan pelan bangunan.
“Ini ruang pemeriksaan doktor. Ini pula ruang pendaftaran pesakit. Di sini pula ruang bilik bersalin,” Pak Azam menjelaskan satu demi satu fungsi setiap bilik yang ada dalam lakaran bangunan itu sambil diikuti ekor mata penulis.
Perbualan kami kemudiannya disertai dua orang staf badan bukan kerajaan (NGO) Bangladesh yang menjalin kerjasama rapat dengan majikan Pak Azam, iaitu MERCY Malaysia.
Pak Azam kemudiannya menerangkan setiap butiran lakaran pusat kesihatan tersebut dan bagaimana ia dapat membantu lebih 30,000 pelarian Rohingya di Kem Pelarian Kutupalong, Cox’s Bazar, Bangladesh.
Pak Azam atau nama penuhnya Norazam Ab Samah merupakan seorang arkitek yang sangat berpengalaman merekabentuk bangunan dalam misi kemanusian.
Sejak menyertai MERCY Malaysia 17 tahun lalu, sudah banyak pusat kesihatan dan penempatan yang telah dibina Pak Azam menerusi lakarannya.
Pada tahun 2000, ketika Pak Azam menyertai misi kemanusiaan di Afghanistan, beliau telah membantu MERCY Malaysia untuk membina klinik statik di negara tersebut dengan menggunakan kontena.
Beliau juga pernah ke Sri Lanka untuk misi kemanusiaan yang seterusnya ketika negara itu dilanda banjir yang sangat teruk.
“Keperluan asas yang diperlukan penduduk tempatan ketika itu adalah sekolah, memandangkan sekolah di situ telah roboh akibat ditolak kayu-kayu dan serpihan-serpihan bangunan ketika banjir,” tambah Pak Azam.
Bagi misi itu, MERCY Malaysia telah membina sebuah sekolah baru dengan 20 buah rumah untuk mangsa.
“Itu detik permulaan saya, menyumbangkan kepakaran sebagai seorang arkitek.
“Saya suka memainkan peranan saya sebagai seorang arkitek dalam merancang dan mereka bentuk keperluan asas bagi mangsa bencana atau mangsa konflik dalam misi kemanusiaan,” kata Pak Azam.
Helaian demi helaian kertas dilukis Pak Azam, melakar satu harapan buat mangsa-mangsa yang hilang tempat berteduh mereka.
Selesai satu misi, Pak Azam sentiasa bersedia menabur bakti ke misi yang seterusnya.
Bencana dan bantuan
Di mana-mana negara pun di dunia ini, menjadi mangsa tragedi memang bukan satu pilihan.
Pastinya hati sesiapa saja akan menjadi sayu apabila melihat rumah yang didiami selama ini roboh dan musnah dek kuasa bencana atau senjata manusia.
Keluhan dan trauma seperti itu seolah-olah 'didengari' Pak Azam, yang hadir memberi harapan kepada mangsa-mangsa tersebut.
Mengimbas antara rekod jasa baktinya, sebuah pusat kesihatan empat tingkat telah dibina oleh Pak Azam dan pasukannya susulan gempa bumi di Iran pada tahun 2003.
Tidak berjarak lama, Pak Azam ke Acheh pula setahun kemudian selepas tragedi Tsunami Lautan Hindi melanda wilayah itu hingga mengorbankan 230,000 nyawa.
Di kem penempatan sementara mangsa tsunami, beliau dan pasukan kerjanya membentuk sendiri 250 khemah, membina 232 rumah kekal selain memastikan keperluan mangsa seperti elektrik, tangki air dan tandas mencukupi.
Beliau turut menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat tahun di situ, bagi membantu membangunkan sebuah sekolah, akademi perawat, akademi farmasi selain membina empat rumah anak yatim serta tiga pusat kesihatan masyarakat.
Beberapa tahun kemudian, taufan Nargis pula melanda Myanmar.
Dalam misi tersebut, Pak Azam telah membina 14 bangunan yang direka mengikut keperluan setempat termasuk hospital, pusat kesihatan pendalaman, klinik dan pusat perkhidmatan masyarakat.
Panggilan Rohingya
Kali ini Pak Azam berada di Bangladesh, bagi membantu pelarian Rohingya di sini.
Menurut Pak Azam, dua pusat kesihatan akan dibina di kem pelarian Rohingya di Ukhia, iaitu sebuah mukim yang terletak dalam daerah Cox's Bazar.
Selain pusat kesihatan tersebut, MERCY Malaysia turut membina tandas yang bersih dan juga telaga tiub bagi keperluan harian pelarian di situ.
"Pusat kesihatan ini akan dilengkapi dengan kemudahan perbidanan dan ia melibatkan kos pembinaan sebanyak RM100,000.
"Ini adalah keperluan mendesak bagi pelarian di sini terutama bagi wanita yang mahu bersalin," tambah beliau yang menganggarkan proses pembinaan tersebut akan mengambil masa 20 hari untuk siap.
Konsep ventilasi angin dalam bangunan
Ventilasi angin merupakan satu sistem ventilasi pasif yang membolehkan fungsi udara bergerak dengan lancar melalui sesebuah bangunan, seterusnya membawa keselesaan.
Konsep pengudaraan semula jadi ini diguna pakai oleh Pak Azam dan pasukannya sebagai sebahagian daripada ruang di dalam pusat kesihatan pelarian Rohingya di Bangladesh.
"Apabila membina sesebuah bangunan di tempat bencana, kita kena fahami reka bentuk yang sesuai dengan kawasan tersebut dan juga bagaimana ia boleh diselenggara.
"Melalui konsep ini, angin akan bertiup melalui tingkap atau pintu sebagai ventilasi semula jadi memandangkan tidak ada tenaga elektrik seperti kipas atau pendingin hawa digunakan," tambah Pak Azam.
Jelasnya lagi, ventilasi ini merupakan satu sistem yang mudah dan sering digunakan.
Beliau juga pernah mengaplikasikan konsep tersebut melalui pembinaan sekolah ketika mengikuti misi kemanusiaan di Acheh dan Sri Lanka.
"Ventilasi ini cuma memerlukan ruang pembukaan pada bangunan yang diletakkan pada tempat yang sesuai bagi membenarkan angin bertiup.
"Di pusat kesihatan ini, dua ruangan terbuka digunakan untuk konsep ini dan ia juga boleh dijadikan sebagai ruang menunggu pesakit atau melakukan aktiviti mempromosi kesedaran kesihatan dan kebersihan bagi pelarian di sini," jelasnya.
Meskipun ciri yang dinyatakan itu suatu aspek yang kedengaran kecil dan mudah, namun mengikut ilmu dan kefahaman seseorang arkitek, ia membawa kesan yang besar bagi penghuni bangunan.
Dari sekecil-kecil aspek pembinaan hinggalah sebesar-besar mekanisme menggerakkan seluruh pasukannya, itulah antara khidmat yang telah dan sedang Pak Azam usahakan sepanjang lebih 17 tahun menghabiskan usianya bersama mangsa-mangsa pelarian dan bencana.
Diharapkan, bangunan-bangunan yang dilakar sendiri oleh anak tempatan seperti Pak Azam dapat mengurangkan beban dan memudahkan kehidupan mangsa-mangsa yang amat memerlukan.
Segala usaha yang dilakukan oleh Pak Azam dan pasukannya wajar menjadi inspirasi kepada ramai lagi sukarelawan di mana-mana sahaja.
Semua itu sepatutnya mengajar sesuatu kepada komuniti sukarelawan serantau dan global, iaitu jika tiada sengsara dan bencana, erti kemanusiaan itu sendiri tidak akan teruji.
Mariah Ahmad
Sun Oct 22 2017
Sejak menyertai MERCY Malaysia 17 tahun lalu, sudah banyak pusat kesihatan dan penempatan yang telah dibina Pak Azam menerusi lakarannya. - Facebook.com / Norazam Ab Samah
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt.
Ungkapan ‘lembu kenyang’ punca Dewan Rakyat kecoh
Radzi menggunakan kenyatan itu bagi mengambarkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak mendengar rintihan rakyat di bawah.
SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan
SAM sedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.
Kerajaan komited pastikan kebajikan veteran seni tanah air terjaga - Fahmi
Fahmi berkata beberapa perancangan bagi menyantuni artis-artis veteran sedang dilaksanakan agensi di bawah kementeriannya.
Kerajaan tidak pinggir kebajikan kaum India - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan kebajikan kaum India, malah pelbagai program telah dirangka bagi membantu memajukan komuniti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Anak makan Panadol macam gula-gula...' Aidilfitri buka lembaran baharu buat Pak Tagie sekeluarga
Derita Pak Tagie sekeluarga menemui sinar apabila anaknya yang menghidapi tumor otak akan mendapat rawatan selepas pertemuan bermakna.
Umat Islam diseru istiqamah ibadah selepas Ramadan - Sultan Pahang
Ibadah yang dilaksana dan dipertingkatkan sepanjang Ramadan lalu dharap dapat diteruskan amalannya pada bulan-bulan lain.
Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.
Kebajikan golongan miskin tegar terus terbela menerusi rebat elektrik
Pemberian rebat itu dilihat mampu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Perkeso saran individu terlibat sektor p-hailing, e-hailing segera mencarum
Individu yang terlibat dalam sektor p-hailing dan e-hailing disaran segera mendaftar serta membuat caruman dengan Perkeso bagi menjamin kebajikan mereka.