Lahar Cumbre Vieja mengalir ke lautan Atlantik, dibimbangi hasilkan gas beracun

Astro Awani
September 29, 2021 12:52 MYT
Lahar gunung berapi Cumbre Vieja yang meletus di kepulauan La Palma, Sepanyol dilapor mengalir ke Lautan Atlantik. -Gambar fail/Reuters
LA PALMA: Lahar gunung berapi Cumbre Vieja yang meletus di kepulauan La Palma, Sepanyol dilapor mengalir ke Lautan Atlantik.
Timbul kebimbangan dalam kalangan pakar berhubung pelepasan gas toksik dan letupan ketika wap putih berkepul naik apabila lahar mengalir ke laut di kawasan Playa Nueva.
Menurut pakar, pertembungan dua unsur ini boleh mencetuskan reaksi kimia membabitkan klorin yang boleh merengsa kulit dan mata selain mengganggu pernafasan, lapor BBC.
BACA: Gunung berapi Cumbre Vieja meletus lagi
BACA: Cumbre Vieja 'tenang' seketika, penduduk La Palma dibenar kembali ke rumah
Ratusan rumah musnah sejak gunung berapi Cumbre Vieja di Kepulauan Canary meletus pada 19 September.
Kira-kira 6,000 penduduk telah dipindahkan ketika lahar memusnahkan rumah, sekolah dan ladang pisang.
Gunung Berapi | Ratusan lagi penduduk La Palma dipindahkan
Institut Volkanik Kepulauan Canary dalam tweetnya mengesahkan lahar mula mengalir ke lautan lewat Selasa.

#ULTIMAHORA Ahora mismo, la lava del volcán de La Palma supera los últimos metros y comienza a caer al mar por la costa de #Tazacorte .#Tazacorte #CumbreViejaVolcano #ErupcionLaPalma#Lapalmaerupcion #volcanCumbreVieja#volcan #volcano pic.twitter.com/R9QxH7BAnM

— AUSTROHÚNGARO (@AUSTROHNGARO2) September 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain pelepasan gas toksik, terdapat juga kebimbangan sebahagian daripada garis pantai berkemungkinan runtuh dan mencetuskan letupan.
Pihak berkuasa Sepanyol telah mengisytiharkan La Palma - pulau paling utara di kepulauan di luar pesisir Afrika utara - sebuah zon bencana.
#gunung berapi #Cumbre Vieja #Lautan Atlantik #pelepasan gas beracun
;