Lagi keranda tiba di Belanda, 227 mangsa telah dibawa keluar dari Ukraine

Hakim Rahman
Julai 27, 2014 08:07 MYT
38 lagi keranda tiba di Belanda
Sebanyak 38 lagi keranda yang membawa jasad menumpang nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di sini, menjadikan keseluruhan 227 mangsa pesawat itu yang telah dibawa keluar dari Ukraine.
Kesemua keranda itu tiba di pangkalan tentera Eindhovan pada jam 9.45 malam Sabtu waktu Malaysia.
Mayat berkenaan, kemudian dibawa secara berkonvoi ke sebuah kem di Hilversum selepas diberi penghormatan penuh adat ketenteraan.
Perjalanan sejauh kira-kira 80km itu mengambil masa hampir dua jam.
Sementara itu di Hilversum, penduduk tempatan terus hadir meletakkan jambangan bunga di hadapan pangkalan tentera sebagai tanda penghormatan.
Ahli keluarga mangsa dan waris terdekat penumpang MH17 turut kelihatan berpelukan sesama mereka di hadapan pangkalan tentera.
Semua mangsa nahas MH17 dibawa keluar dari Ukraine menaiki Pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Belanda dan pesawat C-17 Globermaster milik Tentera Udara Diraja Australia.
#Amsterdam #Eindhoven #Kuala Lumpur #Malaysia Airlines #mayat #MH17 #Rusia #Ukraine
;