Lagi kejadian kapal karam di Indonesia, empat disahkan terkorban setakat ini
Bernama
Julai 3, 2018 18:37 MYT
Julai 3, 2018 18:37 MYT
Sebuah kapal penumpang yang membawa 139 penumpang dan 48 kenderaan karam di perairan Kepulauan Selayar, Sulawesi Selatan.
Dalam kejadian 2.30 petang itu, empat penumpang disahkan terkorban setakat ini dan pihak berkuasa masih dalam proses menyelamatkan mangsa terbabit.
Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, kapal KM Lestari Maju itu dilaporkan mengalami kebocoran ketika cuaca buruk sebelum tenggelam.
"Para penumpang kapal KM Lestari Maju ketika ini dalam proses diselamatkan oleh bot-bot nelayan dan penyelamat.
"Kapal-kapal besar penyelamat tidak dapat mendekati lokasi kejadian kerana cuaca buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini.
-- BERNAMA