Lagi insiden kemalangan libatkan Lion Air
Agensi
November 8, 2018 08:48 MYT
November 8, 2018 08:48 MYT
Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta terpaksa dibatalkan selepas ia terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas, malam Rabu.
Susulan insiden itu, kelewatan berlaku bukan hanya melibatkan syarikat penerbangan itu tetapi Batik Air.
"Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu.
Ketika kejadian pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit.
Difahamkan, kesemua penumpang diarah kembali ke ruan menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.
Lapor CNN Indonesia, syarikat penerbangan akan menggantikan pesawat lain untuk membawa 143 penumpang ke Jakarta itu.
Siasatan awal mengenai punca kejadian itu dijangka diketahui hujung bulan ini.