Lagi ikan paus mati selepas telan 29kg plastik
Agensi
April 12, 2018 13:01 MYT
April 12, 2018 13:01 MYT
Seekor ikan paus ditemui mati selepas menelan lebih 29 kilogram plastik berdekatan sebuah rumah api di Cabo de Palos, di tenggara Sepanyol.
Hasil siasatan Pusat Perlindaungan Haiwan Liar El Valle mendapati perut dan usus ikan paus itu penuh dengan beg sampah, karung polipropilena, tali dan sampai lain, mengakibatkan ikan itu mati kerana keradangan lapisan abdomen dan tidak dapat mengeluarkan sampah dari sistem pencernaannya.
Ikan paus jenis 'Male Sperm Whale' merupakan spesies yang terancam dan dilindungi di Amerika Syarikat di bawah Akta Pemuliharaan Spesies Terancam.
Susulan kematian ikan paus ini, kerajaan Sepanyol telah melancarkan kempen 'Elak buang sisa plastik di pantai', dan komuniti setempat turut bersama memberi pendedahan tentang masalah penggunaan plastik dan kesannya kepada kehidupan marin.
Setakat ini, satu kajian mendapati kira-kira lima trilion plastik sedang terapung di lautan, dan dipercayai jumlah berat plastik mampu melebihi jumlah ikan di lautan dunia menjelang tahun 2050.
Ikan paus seberat dua tan yang cedera tersebut terpaksa dimatikan kerana tidak berpeluang untuk sembuh.