Lagi gempa 6.5 skala Richter landa New Zealand pagi ini

Bernama
November 14, 2016 09:55 MYT
Rekahan di sepanjang jalan di Port Centre di Wellington, berikutan gempa bumi kuat melanda selatan New Zealand awal pagi Isnin, 14 Nov 2016. - AP
Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda South Island di New Zealand pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian pada pukul 8.34 pagi itu berlaku di luar pantai timur South Island, 151km Timur Laut dari bandar Christchurch.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami terhadap Malaysia.
Pusat gempa bumi itu terletak 7,648 km tenggara dari Semporna di Sabah.
Semalam, gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda South Island pada pukul 7.02 malam iaitu 92km timur laut dari bandar Christchurch. -- Bernama
BACA: Dua terbunuh dalam gempa bumi 7.8 magnitud di New Zealand
#gempa bumi kedua #New Zealand
;