Lagi dron Ukraine dimusnahkan tentera Rusia di wilayah Moscow
Bernama
Ogos 21, 2023 18:06 MYT
Ogos 21, 2023 18:06 MYT
MOSCOW: Pasukan pertahanan udara Rusia pada Isnin memusnahkan satu lagi dron jenis pesawat dari Ukraine di Daerah Istrinsky di Wilayah Moscow, lapor Sputnik, memetik Kementerian Pertahanan Rusia.
Terdahulu pada hari sama, kementerian tersebut menyatakan sistem pertahanan udara Rusia juga mematahkan serangan sebuah dron Ukraine melalui penggunaan sistem peperangan elektronik (EW).
Dron tersebut terhempas di Wilayah Moscow.
"Pada 21 Ogos 8:16 pagi waktu tempatan (05:16 GMT), percubaan Kyiv untuk melancaran serangan menggunakan sebuah kenderaan udara tanpa pemandu jenis pesawat telah digagalkan. Dron Ukraine tersebut telah dikesan tepat pada waktunya dan dimusnahkan oleh pasukan pertahanan udara di Daerah Istra, di Wilayah Moscow," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
--BERNAMA-SPUTNIK