Lagi bangunan runtuh di Pakistan, kali ini satu maut, empat cedera

Agensi
September 10, 2020 21:40 MYT
Anggota bomba dan pasukan penyelamat melakukan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan pangsapuri dua tingkat itu dengan bantuan jentera berat. Foto: AP
SEKURANG-KURANGNYA seorang dilaporkan maut dan empat yang lain cedera dalam kejadian bangunan runtuh di Karachi, Pakistan pada Khamis.
Ketika ini, anggota bomba dan pasukan penyelamat masih melakukan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan pangsapuri dua tingkat itu dengan bantuan jentera berat.
Memetik laporan media antarabangsa, mereka yang ditemui cedera sedang menerima rawatan di hospital.
Untuk rekod, bangunan runtuh sering berlaku di Pakistan susulan struktur bangunan yang lemah akibat menggunakan bahan binaan murah dan tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Jun lalu, 22 maut dalam kejadian seumpama itu di Karachi.
#bangunan runtuh #bomba #Pakistan #rawatan
;