Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Astro Awani
Mac 21, 2023 07:15 MYT
Mac 21, 2023 07:15 MYT
PEMAIN lagenda bola keranjang New York Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun.
Berita kematiannya disahkan Persatuan Bekas Pemain Bola Keranjang Kebangsaan pada Selasa.
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.
Mendiang paling dikenali dalam insiden di mana dia muncul daripada sebuah terowong di Madison Square Garden untuk mengambil bahagian dalam pertembungan final menentang Los Angeles Lakers para tahun 1970.
Dia sepatutnya tidak menyertai perlawanan itu akibat kecederaan pada paha kanannya ketika itu.
Knicks kemudian muncul juara dengan jaringan 113-99.
Reed dinamakan NBA Finals MVP pada musim itu dan pada tahun 1973.
Knicks menjuarai kejohanan NBA pada kedua-dua musim itu, yang terakhir dalam sejarah francais berkenaan.
Mendiang turut dimasukkan dalam Naismith Memorial Basketball Hall of Fame pada tahun 1982.