Ladang lipas terbesar di dunia ini ternak lebih 6 bilion ekor untuk satu tujuan

Gempak
Julai 3, 2019 09:25 MYT
Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.
LIPAS sememangnya dikenali sebagai haiwan pengotor dan pembawa penyakit namun tahukah anda, lipas juga boleh dibuat ubat.
Bertempat di Xichang, daerah Sichuan, China, sebuah ‘ladang’ untuk menternak lipas telah siap dibina.
Bayangkan anda masuk ke dalam ladang tersebut, anda akan dihurung sebanyak hampir enam bilion lipas!
Menurut laporan media tempatan, South China Morning Post, ladang itu menempatkan lipas dari baka Periplaneta Americana atau lebih dikenali sebagai lipas Amerika.
BACA: 25 ekor anak lipas ditemui dalam telinga
Kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.
Lipas yang memiliki ciri-ciri seakan kupu-kupu ini dibiakkan untuk dibuat ubat.
Ubat yang terhasil daripada pembiakan lipas ini didakwa mempunyai agen penyembuh yang telah banyak menyelamatkan pesakit di China.
Menurut pengusaha ladang lipas, Geng Nengfu, kesemua lipas itu disimpan dalam bilik gelap di bawah suhu 10 darjah Celcius dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan.
Bahan asas ini diamalkan sejak 2000 tahun lalu lagi dalam dunia perubatan mereka. - Sumber: South China Morning Post
#China #kilang lipas #lipas dibuat ubat #pengotor #perubatan #Sichuan
;