Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas

Bernama
September 7, 2024 18:15 MYT
Pergerakan Taliban dikeluarkan daripada senarai organisasi terlarang di wilayah Kyrgyzstan. - Gambar fail/ Reuters
BISHKEK: Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bahawa pergerakan Taliban dikeluarkan daripada senarai organisasi terlarang di wilayah Kyrgyzstan.
Keputusan ini bertujuan untuk mengukuhkan kestabilan serantau dan mengekalkan dialog, menurut kenyataan itu.
Kyrgyzstan kekal komited untuk menyokong usaha masyarakat antarabangsa bagi memastikan persekitaran yang stabil dan aman di Afghanistan dan rantau ini secara keseluruhan, menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
#Kyrgyzstan #Taliban #senarai organisasi pengganas #Afghanistan
;