Kuwait seru rakyatnya tinggalkan Lubnan susulan kebimbangan perang

Bernama
Jun 22, 2024 14:40 MYT
Ketegangan meningkat di sepanjang sempadan Lubnan dengan Israel ekoran serangan rentas sempadan antara Hezbollah dan tentera Israel.- Foto Reuters
ANKARA: Kuwait pada Jumaat menyeru rakyatnya di Lubnan agar segera meninggalkan negara itu di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan perang antara Israel dan kumpulan Hezbollah, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Luar Kuwait juga meminta warganya untuk "tidak pergi ke Lubnan pada ketika ini memandangkan situasi keselamatan di rantau itu."
Tentera Israel pada Selasa meluluskan rancangan untuk serangan besar-besaran ke atas Lubnan di tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Hezbollah.
Ketegangan meningkat di sepanjang sempadan Lubnan dengan Israel ekoran serangan rentas sempadan antara Hezbollah dan tentera Israel ketika Tel Aviv membedil Semenanjung Gaza hingga mengorbankan lebih daripada 37,450 mangsa sejak 7 Oktober.
-- BERNAMA
#Kuwait #mengarahkan rakyat meninggalkan Lubnan #kebimbangan perang #Israel #Hezbollah
;