Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza

Bernama
Mac 12, 2025 14:50 MYT
Kuwait mengutuk tindakan Israel memutuskan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin. -Reuters
KUWAIT: Kuwait pada Selasa mengutuk tindakan Israel untuk memutuskan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Ringkasan AI
  • Kuwait mengutuk tindakan Israel memutuskan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
  • Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.
  • Kuwait menyeru masyarakat antarabangsa, terutama PBB, untuk campur tangan segera bagi menghentikan pelanggaran ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Kuwait mengutuk dan mengecam keras tindakan Israel kerana penggunaan dasar hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Kuwait menyifatkan keputusan memotong bekalan elektrik sebagai pelanggaran hak paling asas dan melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Kuwait memperbaharui seruannya kepada masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk segera campur tangan bagi menghentikan pelanggaran yang dilakukan oleh pasukan pendudukan.
Ini membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk tanpa halangan selain mewajibkan Israel, untuk menghentikan dasar kelaparan dan menafikan hak rakyat Palestin.
-- BERNAMA
#Gaza #Israel #putus bekalan elektrik #pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa
;