Kuwait Airways hentikan penerbangan New York-London kerana Israel

Agensi
Disember 17, 2015 03:13 MYT
Tindakan tersebut adalah semata-mata mematuhi undang-undang Kuwait yang melarang segala hubungan perdagangan dengan entiti atau penduduk Israel. - Foto Fail
Syarikat penerbangan Kuwait Airways menghentikan penerbangan antara Lapangan Terbang JFK di New York dan London Heathrow selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas keengganan syarikat itu menjual tiket kepada penduduk Israel.
September lalu, Jabatan Pengangkutan Amerika Syarikat (DoT) menghantar surat amaran kepada syarikat penerbangan itu agar tindakan yang dikatakan mendiskriminasi itu dihentikan.
DoT mengesahkan kepada AFP bahawa Kuwait Airways telah memaklumkan pada Selasa bahawa mereka akan menghentikan laluan berkenaan.
Isu itu tercetus apabila sistem tempahan penerbangan Kuwait Airways tidak menjual tiket kepada seorang penduduk Israel Eldad Gatt pada tahun 2013.
Dalam satu jawapan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat, syarikat penerbangan itu berkata tindakan tersebut adalah semata-mata mematuhi undang-undang Kuwait yang melarang segala hubungan perdagangan dengan entiti atau pendudukIsrael.
#Israel #Kuwait Airways