Kurang berkesan tangani kes COVID-19, Jerman laksana sekatan lebih ketat
Agensi
Disember 10, 2020 14:31 MYT
Disember 10, 2020 14:31 MYT
MUNICH: Perintah berkurung baharu dilaksanakan di Bavaria, Jerman selepas langkah yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19 dilihat kurang berkesan.
Arahan terbaharu itu termasuk melarang penduduk untuk keluar malam selain pengambilan alkohol di luar premis tidak dibenarkan.
Dengan sekatan yang lebih ketat ini, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah atas urusan penting sahaja.
Ketua Institut Penyakit Berjangkit Robert Koch (RKI), Profesor, Dr. Lothar Wieler memaklumkan situasi jangkitan di Jerman semakin teruk.
Jerman telah menguatkuasakan perintah berkurung separa sejak 2 November lalu yang mana ia telah mengekang peningkatan mendadak penularan COVID-19.