Kumpulan saintis dakwa temui bukti COVID-19 boleh tersebar melalui udara
Astro Awani
Julai 5, 2020 07:02 MYT
Julai 5, 2020 07:02 MYT
RATUSAN saintis mendakwa menemui bukti koronavirus SARS-CoV-2 dalam partikel kecil di udara yang boleh menjangkiti manusia.
Ia bertentangan dengan kenyataan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang sebelum ini mendakwa virus punca penyakit COVID-19 itu hanya merebak dari individu ke individu lain menerusi titisan cecair badan dari hidung atau mulut.
Menurut WHO, virus tersebut tersebar apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap.
Namun dalam dapatan terbaharu ini, 239 saintis dari 32 negara menunjukkan penemuan sebaliknya dan mendesak agar WHO menyemak semula kenyataan tersebut.
Hasil kajian para saintis itu akan diterbitkan dalam jurnal saintifik minggu depan.
WHO bagaimanapun sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung saranan saintis ini.
Agensi itu sebelum ini memaklumkan dakwaan koronavirus merebak menerusi udara adalah tidak meyakinkan.
#batuk
#bersin
#COVID-19
#jurnal
#koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#saintis
#tersebar di udara
#WHO