Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Reuters
Februari 1, 2024 11:45 MYT
Februari 1, 2024 11:45 MYT
CHICAGO: Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Dengan memegang spanduk dan bendera Palestin, peserta melaungkan slogan menentang tindakan Israel.
Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Chicago telah menggesa gencatan senjata di Gaza sementara Datuk Bandar Brandon Johnson juga membuat undian penentuan keputusan berkenaan.
Dewan Bandaraya Chicago telah meluluskan resolusi properdamaian secara dramatik menekankan bahawa konflik Israel-Hamas masih menyebabkan perpecahan dalam parti Demokrat pada Rabu.
Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza yang mana membunuh sekurang-kurangnya 26,751 rakyat Palestin manakala 65,636 orang cedera.
Serangan Israel telah menyebabkan 85% penduduk Gaza berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang sangat teruk, sementara 60 peratus infrastruktur kawasan tersebut telah rosak atau musnah sepenuhnya.