Kumpulan pemberontak Houthi mengaku serang lapangan terbang Arab Saudi
Agensi
Jun 29, 2019 06:09 MYT
Jun 29, 2019 06:09 MYT
Kumpulan pemberontak Houthi Yaman mengakui telah melancarkan beberapa serangan terbaharu ke atas Lapangan Terbang Jizan, Arab Saudi.
Lapor Reuters, pengakuan dibuat dalam satu kenyataan pada Sabtu, oleh jurucakap tentera kumpulan itu yang disiarkan saluran TV Maisarah milik kumpulan itu.
Selain Lapangan Terbang Jizan, Kumpulan itu turut mengaku telah melancarkan serangan ke atas Lapangan Terbang Abha di Arab Saudi Saudi beberapa hari lalu.
Sementara itu, tentera perikatan pimpinan Arab Saudi berkata ia telah berjaya memintas serangan menggunakan dron oleh kumpulan Houthi di lapangan terbang Jizan ke selatan negara itu pada Sabtu.
Menurut jurucakap kerjasama itu, kumpulan Houthi yang disokong Iran, melancarkan serangan dron ke atas beberapa posisi tentera dan kawasan meletak pesawat di lapangan terbang itu.
“Serangan telah gagal mengena sebarang sasaran dan dron terbabit telah dimusnahkan,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Arab Saudi.
BERITA BERKAITAN: Dua misil sasar Mekah dan Jeddah berjaya dipintas
Kumpulan Houthi telah menyingkirkan pemerintahan kerajaan yang disokong Arab Saudi dan antarabangsa pada 2014.
Serangan peluru berpandu dan dron dari kumpulan itu ke Arab Saudi semakin kerap dilaporkan sejak kebelakangan ini.
#Arab Saudi
#Houthi
#kerajaan
#lapangan terbang
#Lapangan Terbang Abha
#lapangan terbang Jizan
#perikatan Arab Saudi
#pesawat
#serangan
#tentera
#Yaman