Kumpulan Negara-Negara Teluk sokong pemberontak Syria

AFP
November 13, 2012 09:07 MYT
Enam anggota Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC) secara sebulat suara mengambil keputusan untuk menyokong blok pembangkang Syria yang diiktiraf sebagai badan sah yang mewakili kepentingan negara bergolak itu.
Pengumuman menyokong pembangkang Syria dibuat Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Jassem al-Thani yang mewakil GCC.
Keputusan itu dibuat di Kaherah Mesir dimana wakil blok pembangkang Syria mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri luar GCC pada Isnin.
Keanggotaan GCC terdiri dari Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu.
Perjumpaan diadakan ditengah-tengah ketegangan yang dilaporkan semakin memuncak di sempadan Syria-Turki.
Semalam juga genap setahun Liga Arab menggantung keanggotaan Syria.
Sekaligus melahirkan kebimbangan konflik selama 20 bulan itu mungkin merebak ke negara jiran.
Sementara itu di sempadan, satu pertempuran dilaporkan berlaku di sempadan Turki.
Selain itu juga, rejim Israel dilaporkan turut melancarkan roket ke arah Bukit Golan yang sedang dalam genjatan senjata.
Ini kali kedua tindakan diambil.
Dilaporkan sepanjang Isnin, 107 maut dalam pertempuran antara pihak kerajaan dan pemberontak.
Menjadikan jumlah korban sepanjang konflik sejak Mac 2011 kepada 37,000 nyawa.
#GCC #Israel #pembangkang #Syria #Turki
;