Kumpulan muzik Sweden Abba bakal lancar album baharu selepas empat dekad
Bernama
September 3, 2021 14:16 MYT
September 3, 2021 14:16 MYT
STOCKHOLM: Kumpulan pop Abba dari Sweden mengumumkan pada Khamis akan melancarkan album dengan lagu-lagu baharu.
Menurut Xinhua, kumpulan dianggotai empat ahli itu yang membawa haluan masing-masing pada 1982, telah merakamkam dua lagu pertama daripada album 'Voyage' pada 2018.
"Dua lagu rasanya tidak cukup, dan kami berkata 'kami perlu membuat lebih banyak lagi.' Setelah melakukannya dan berjalan lancar, kami kemudian berfikir untuk meneruskannya dan merakam keseluruhan album," kata anggotanya, Benny Anderson kepada Sweden Television pada sidang media.
Album dengan 10 lagu itu dijangka dilancarkan pada 5 November.
Dari 1972-1982, Abba menjadi antara kumpulan muzik paling berjaya dalam sejarah pop dengan hampir 400 juta rekod terjual, menurut televisyen di Sweden. - BERNAMA