Kumpulan anti kerajaan dan polis Venezuela bertempur, puluhan cedera

Agensi
April 30, 2019 07:04 MYT
Penunjuk perasaan dilihat membakar sebuah bas dan membaling batu terhadap anggota polis dan tentera di Pangkalan Tentera Carlota. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya 37 orang cedera dalam pertempuran sengit di antara pasukan polis dan kumpulan anti kerajaan di Caracas, Venezuela.
Pertempuran tercetus susulan seruan pemimpin pembangkang, Juan Guaido agar rakyat bangkit menentang kerajaan pimpinan Presiden Nicolas Maduro yang didakwa telah mengubah perlembagaan negara itu bagi membolehkan dia berkuasa.
Penunjuk perasaan dilihat membakar sebuah bas dan membaling batu terhadap anggota polis dan tentera di Pangkalan Tentera Carlota.
Polis kemudiannya bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata dan peluru getah.
Guaido juga mendakwa telah mendapat sokongan pihak tentera yang meruncingkan lagi kemelut politik negara itu.
#Caracas #Juan Guaido #Nicolas Maduro #pembangkang #polis #Presiden Venezuela #Venezuela
;