Kudeta Myanmar: Amerika Syarikat desak junta bebaskan pemimpin politik

Agensi
Februari 3, 2021 07:30 MYT
Aung Sann Suu Kyi dan beberapa pemimpin kanan parti ditahan dalam satu serbuan. -Gambar fail
WASHINGTON: Amerika Syarikat mendesak junta tentera membebaskan pemimpin politik yang ditahan, termasuk Aung San Suu Kyi.
Washington juga mahu melihat demokrasi dikembalikan di negara itu.
“Kami maklum dengan laporan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint kini didakwa dengan tuduhan jenayah, dan anggota Parti Liga Demokrasi Kebangsaan yang diarahkan meninggalkan Naypyitaw.
“Kami terganggu dengan laporan ini.
“Kami mendesak tentera untuk segera membebaskan mereka, termasuk semua tahanan politik, aktivis, dan orang awam, dan mengembalikan pentadbiran awam,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.
Presiden Joe Biden, sebelum ini, menyifatkan rampasan kuasa di Myanmar sebagai pencabulan ke atas proses peralihan negara itu ke sistem demokrasi.
Biden juga menegaskan ia merupakan satu pencabulan ke atas undang-undang.
#Myanmar #Aung San Suu Kyi #Amerika Syarikat #Win Myint #Parti Liga Demokrasi Kebangsaan #Joe Biden #Ned Price #kudeta
;