Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api

Sinar Harian
April 19, 2024 09:00 MYT
Seekor kuda lumba sesat dalam stesen kereta api di NWS yang mencetuskan kejadian lucu di kalangan netizen Australia. - Foto agensi
SYDNEY: Penumpang kereta api di New South Wales (NSW), Sydney tidak menyangka seekor kuda lumba dilihat seolah-olah menunggu untuk menaiki pengangkutan awam selepas dipercayai terlepas dari sebuah ladang berhampiran, lapor Sky News.
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.
Rakaman kamera kawalan keselamatan (CCTV) itu dikongsi di laman Facebook Jabatan Pengangkutan NSW dan menunjukkan semua penumpang dalam sebuah koc seperti terkejut dengan kehadiran haiwan itu yang berdiri di depan pintu keluar kenderaan itu.
Dalam ciapan di platform media sosial, mereka menulis cacatan lucu 'individu hilang' yang merujuk kuda tersebut.
"Dia kelihatan mengejar seorang pemberi maklumat di sepanjang platform penumpang dan tidak berjaya menaiki kereta api'.
"Individu itu kemudian bergerak ke kawasa tempat kereta di mana dia dibawa masuk oleh pemiliknya dan dihantar ke tempat asal. Keadaan kembali stabil," katanya.
Sementara itu media tempatan berkata, stesen Warwick Farm sebenarnya terletak berhampiran di ladang kuda lumba dan mereka tidak dapat memastikan bagaimana kuda itu boleh terlepas dan sesat hingga ke stesen tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
#kuda lumba #stesen kereta api #video tular #media sosial
;