Kucing tertua di dunia mati pada usia 31 tahun

Agensi
Julai 4, 2020 16:55 MYT
Rubble, dipercayai kucing tertua di dunia mati pada usia 31 tahun. - Facebook @OfficialPopUpdates
SEEKOR kucing yang dipercayai tertua di dunia mati pada usia 31 tahun selepas menjalani kehidupan indah bersama pemilik yang memanjakannya.
Kucing tersebut, Rubble dan pemiliknya, Michele Heritage tidak dapat dipisahkan selepas Michele dihadiahkan kucing itu ketika dia berusia 20 tahun, lapor Mirror.co.
Rubble menjadi kucing tertua di dunia selepas mencapai usia 31 tahun pada Mei lepas.
Michele, 52, dari Exeter memanjakan Rubble kerana dia juga tiada anak dan menyayangi kucing itu seperti anaknya sendiri.
“Dia akan berusia 32 tahun pada Mei ini, jadi itu adalah pencapaian yang baik.
“Rubble adalah sahabat luar biasa yang menemani saya untuk tempoh yang lama,” kata Michelle.
Rubble mengalahkan rekod Scooter, seekor kucing Siam yang hidup sehingga 30 tahun (bersamaan 150 tahun usia manusia) sebelum mati pada 2016.
Kucing tertua yang pernah direkodkan ialah Creme Puff yang lahir pada Ogos 1967, mati pada Ogos 2005 pada usia 38 tahun.
Tambah Michelle, pada Hari Krismas lepas, dia ada berkata kepada suaminya yang mungkin Krismas tahun 2019 adalah Krismas terakhir bersama Rubble.
“Dia tidak mahu makan dan hanya minum air. Dia menjadi sangat kurus.
“Saya pergi kerja seperti biasa dan apabila saya pulang, suami saya beritahu Rubble pergi ke jalan raya seperti dilakukannya saban hari.
“Tapi kali ini dia tak balik. Jadi kami percaya dia mati dengan cara sama seperti kucing lain,” ujarnya.
#air #anak #Creme Puff #Exeter #kucing #kucing Siam #manja #mati #Mirror #Rubble #Scooter #tertua
;