Kucing seludup masuk barangan terlarang ke dalam penjara
Astro Awani
Januari 6, 2013 12:19 MYT
Januari 6, 2013 12:19 MYT
Kucing merupakan haiwan peliharaan disukai ramai kerana sifatnya yang jinak dan manja. Ia juga mempunyai kebijakan tersendiri jika dilatih dengan betul oleh tuannya.
Bagaimanapun lain pula ceritanya di Brazil apabila haiwan comel itu disalahgunakan untuk menyeludup masuk barangan terlarang ke dalam penjara.
Itulah yang berlaku di Kompleks Penjara Arapiraca di Alagoas, timur laut Brazil.
Seekor kucing ditangkap oleh kakitangan penjara kerana didapati membawa barangan yang dilarang penggunaannya di dalam jel.
Antara yang diseludup masuk oleh kucing itu ialah telefon bimbit, tiga bateri, kad memori, alat gerudi, fail dan juga fon telinga. Barangan tersebut dilekatkan pada badan kucing terlatih itu.
Polis percaya kelengkapan berkenaan mahu digunakan banduan bagi melarikan diri dari penjara dan juga sebagai medium perhubungan banduan dengan rakan jenayah di luar.
Selepas siasatan selesai kucing itu dihantar ke pusat penjagaan haiwan.