Kuat mencarut, burung kakak tua kena 'kuarantin'

Agensi
Oktober 1, 2020 09:53 MYT
Burung kakak tua African Grey. -Gambar hiasan/pixabay
LONDON: Sekumpulan burung kakak tua di sebuah taman hidupan liar di Britain terpaksa dikuarantin apabila ia dilapor mengeluarkan kata-kata kesat.
Lima ekor burung kakak tua jenis African Grey itu baru sahaja dipindahkan ke Lincolnshire Wildlife Park pada 15 Ogos lalu dan diletakkan dalam sebuah sangkar yang sama.
Steve Nichols, Ketua Pegawai Eksekutif di taman liar itu memaklumkan bahawa burung-burung itu terpaksa 'direhatkan' buat sementara waktu tetapi mengakui perkara itu bukan situasi pelik bagi burung kakak tua.
"Ia sedikit sebanyak berjaya menghiburkan dan membuat kami tertawa, pengunjung juga nampak tidak kisah.
"Tetapi kami bimbang kerana pada hujung minggu, ramai kanak-kanak akan datang melawat," jelas Nichols.
Kelima-lima burung itu kini ditempatkan dalam sangkar bersama beberapa burung kakak tua lain dengan harapan ia akan dapat membuang tabiat buruk itu.
BACA: Burung kakak tua 'ditahan' polis kerana mencarut
#burung kakak tua #zoo #Lincolnshire Wildlife Park #African Grey #taman hidupan liar #burung dikuarantin #Steve Nichols
;