Kuarantin dilaksana di barat Mongolia susulan wabak bubonik

Bernama
Jun 27, 2023 20:33 MYT
Walaupun Mongolia mengharamkan memburu marmot, ramai penduduk menganggap haiwan itu sebagai makanan istimewa dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan. - Gambar hiasan/Unsplash
ULAN BATOR: Kuarantin seminggu dilaksanakan di Wilayah Govi-Altai di barat Mongolia berikutan kejadian wabak disyaki bubonik, juga dikenali sebagai "Black Death", menurut kenyataan pejabat gabenor wilayah itu pada Selasa.
Kes itu yang disyaki telah dilaporkan di Bugat soum (daerah pentadbiran kecil) wilayah itu, kini diasingkan di hospital tempatan, lapor Xinhua.
Walaupun Mongolia mengharamkan memburu marmot, ramai penduduk menganggap haiwan itu sebagai makanan istimewa dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
Daripada kesemua 21 wilayah di Mongolia, 17 berisiko dijangkiti wabak bubonik, menurut Pusat Kebangsaan Penyakit Zoonotik negara itu.
Wabak bubonik, wabak paling biasa yang disebabkan oleh bakteria yersinia pestis, yang hidup dalam populasi tikus dan disebarkan oleh kutu yang telah menggigit haiwan yang dijangkiti, seperti marmot.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia orang dewasa boleh maut dalam tempoh kurang dari 24 jam jika tidak diberikan rawatan segera.
-- BERNAMA
#bubonik #vmakanan istimewa #Bakteria #populasi tikus
;