Kualiti udara di Singapura kekal di tahap tidak sihat
Bernama
Oktober 5, 2015 12:41 MYT
Oktober 5, 2015 12:41 MYT
Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari ini meskipun semakin bertambah baik pada Ahad.
Setakat 10 pagi ini, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam mencatatkan bacaan 99 hingga 118, di hujung lingkungan tahap sederhana dan tidak sihat, manakala PSI tiga jam pula adalah 149, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura.
NEA berkata keadaan berjerebu masih menyelubungi beberapa bahagian di tengah dan selatan Sumatera.
Menurut jabatan itu, jerebu dari Kalimantan juga didapati merebak ke kawasan laut di tenggara Singapura.
Bagi hari ini, angin dijangka bertiup dari arah timur atau tenggara.