Kualiti udara di Mumbai paling teruk

Faida Rahim
Disember 9, 2022 18:40 MYT
Pakar berpendapat pembinaan yang pesat, keadaan cuaca buruk dan peningkatan pencemaran dari pelepasan kenderaan antara beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti udara di Mumbai.-REUTERS
MUMBAI: Bandar kewangan Mumbai di India menyaksikan kualiti udara terburuk di negara sejak kebelakangan ini.
Memetik laporan BBC, tahap pencemaran udara yang tidak berkualiti di Mumbai kebiasaannya menjadi tajuk utama pada musim sejuk.
Mumbai yang memiliki pantai luas dan sering dianggap memiliki kualiti udara lebih baik kini mengatasi tahap pencemaran di Delhi sejak beberapa minggu ini.
Dalam masa sama, pakar berpendapat pembinaan yang pesat, keadaan cuaca buruk dan peningkatan pencemaran dari pelepasan asap kenderaan antara beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti udara di Mumbai.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dapat mengukur zarah pada 2.5 mikron atau PM2.5 kekal dalam kategori teruk pada 308 sekali gus berpotensi membawa kepada isu-isu kesihatan yang serius dalam jangka masa panjang sekiranya pendedahan berterusan.
Indeks antara 200 hingga 300 dikategori teruk kerana sebarang bacaan antara 300 hingga 400 dalam kategori amat teruk.
Kebanyakan bandar di India termasuk Delhi, Kolkata, Kanpur dan Patna sering dilaporkan memiliki tahap PM 2.5 jauh melebihi had selamat.
Indeks Kualiti Udara (AQI) mencatatkan angka antara sifar hingga 50 dianggap masih 'baik', dan antara 51 hingga 100 adalah 'memuaskan'.
Sementara itu, hospital di Mumbai turut melaporkan peningkatan jumlah pesakit dengan kesukaran bernafas dan penyakit lain yang berkaitan dengan kualiti udara yang lemah mencatatkan peningkatan.
Pegawai perubatan menasihatkan penduduk di Mumbai untuk memakai pelitup muka dan meminimumkan pendedahan di luar sehingga kualiti udara bertambah baik.
Kualiti udara yang buruk di bandar India menyebabkan masalah kesihatan serius kepada rakyat di sana.
Kajian Lancet melaporkan pencemaran udara menyebabkan lebih 2.3 juta kematian bayi pramatang di India pada tahun 2019.
#Mumbai #India #kualiti udara #pencemaran udara
;